Kolaborasi

Walawey! Ini ‘port dating’ paling ‘onz’ korang boleh cuba

Oleh  | 

“SAYANG, jom la keluar. Lama tak dating

Ha, itulah agaknya dialog muqaddimah yang korang gunakan tiap kali nak pergi dating kan?

Kalau asyik pergi tempat yang sama, memang bosan. Jangan risau sebab team Dhia selaku pakar dating dan percintaan yang korang boleh percayai kini hadir memberikan korang suggestion.

Ini dia senarai restoran yang korang boleh cuma untuk menyemarakkan api percintaan dengan suasana romantis ala-ala scene dalam filem Korea. Gitu!

Heli Lounge Bar

Ha, kalau korang nak tahu, ini adalah port baik kalau korang untuk menikmati makan malam. Apalagi kalau korang pergi time matahari nak terbenam. Berlatarkan langit yang berwarna jingga adalah waktu yang tepat untuk bercakap tentang masa depan berdua dan bergambar kenang-kenangan.

Hobby N Coffee

Kalau korang sejenis couple yang suka tempat yang relaks dan tenang untuk baca buku atau berbincang tentang falsafah percintaan. Korang boleh minum-minum kopi dengan suasana santai di Hobby N Coffee. Apa yang menarik  untuk cafe ini ialah korang boleh register untuk jadi barista. Korang bolehlah belajar buat latte art berbentuk love. Confirm pakwe korang akan cair dengan usaha gigih korang tu! Awww!

FOTO:doubleshotcoffee

Eat And Repeat

Ha, kalau korang sejenis bajet sendu-sendu. Jangan kecewa, Dhia suggest korang pergi Eat and Repeat. Satu mangkuk makanan tu harga dia RM 2.00. Bila dah cut bajet dekat makan, korang boleh buat aktiviti lain macam tengok wayang kan? Bijak dan bijak!

FOTO: FoodFootage

Plane In A City

Ha! Kalau korang sejenis kaya dan berduit sikit nak try rasa konon-konon makan atas kapal terbang. Boleh la ke Plane in a city. Suasana dia memang betul-betul dalam flight dan pelayan dia pun memakai baju ala-ala pramugari. Tip top!

FOTO: TripAdvisor

Jibril

“Aduh, nak juga pergi tempat mahal. Tapi duit tak berapa”

Ha! Dah jangan nangis. Kalau korang nak pergi tempat lawa dan cantik tapi dengan harga makanan yang murah. Korang boleh pergi Jibril.

FOTO: Discover KL

Kalau korang nak tahu sekarang tengah ada promosi kalau makan dekat Jibril kalau korang guna Superdeals. Bestkan? Tak ramai tahu benda ini. Mungkin inilah rezeki korang.

Okeylah, jangan cakap kakak tak payung!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my