Dhia Glam

Gadis berambut pendek pun ‘fashionable’ ok!

Oleh  | 

RAMAI wanita berambut pendek berasa kurang yakin dalam berfesyen. Mungkin kerana korang fikir potongan rambut korang tak sesuai untuk apa-apa tema outfit. Padahal kreativiti kita untuk bergaya tidak mempunyai batas guys.

Macam yang kita selalu lihat di media sosial, ramai ‘fashionista’ yang mula berani bergaya dan highlight rambut pendek mereka untuk nampak style. So , agak-agak korang tema apa yang sesuai ye untuk wanita yang memiliki rambut pendek? Jom check it out tips kat bawah ini!

  1. Pilih baju berkolar tinggi (Turtle Neck)

FOTO: Pinterest

Wanita yang berambut pendek sangat sesuai menggayakan baju yang berkolar tinggi. Sebagai contoh , kita boleh ambil inspirasi daripada model dari gambar ini dalam suai padan baju turtle neck dan rambut pendek. Manakala, baju yang tidak berkolar dan terbuka di bahagian leher sebenarnya agak tidak sesuai dengan rambut pendek kerana ia akan menampakkan leher kita kosong. What say you?

  1. Baju berkonsep mini

FOTO: Pinterest

Potongan rambut pendek selalunya dikaitkan dengan gaya yang minimalis. Sesuai juga dengan konsep pakaian yang minimalis. Kita boleh cuba gayakan rambut ini dengan mini dress ataupun mini skirt. Baju berkonsep cropped top juga sesuai untuk gaya yang minimalis. Mesti cute! 

  1. Gunakan shawl

Korang tak perlu rasa down bila berambut pendek. Wanita berambut pendek sebenarnya ada kelebihan dalam menggayakan apa-apa outfit. Untuk kelihatan lebih menarik, gunakan shawl untuk menutup bahagian leher yang kosong. If rasa tak cukup fashionable lagi, gayakan outfit ini bersama dengan boot.

  1. Baju Off Shoulder

Rambut pendek sebenarnya buat kita kelihatan lebih stylo kan? Baju yang berkonsep off shoulder juga boleh menjadikan penampilan wanita berambut pendek lebih stunning. Kita juga boleh padankan outfit kita dengan printed skirt atau seluar. Confirm terpakulah orang yang tengok korang nanti!

  1. Bomber Jacket

Look yang oversize juga sebenarnya sangat padan untuk wanita yang berambut pendek kerana potongan rambut yang minimalis adakalanya nampak kena dengan outfit yang oversize. Dengan menggayakan bomber jacket juga mampu menyerlahkan rambut kita yang cantik tu dengan sempurna.

So, tak ada excuse lagi untuk jadi fashionable tau. Jom cuba sekarang!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my