Serious?!

Wanita berkahwin dengan jambatan? Biar betul!

Oleh  | 

JANGAN terkejut, zaman sekarang ni macam-macam kegilaan yang kita boleh lihat di dunia ini. ‘Gila’ seolah- olah menjadi trend ketika ini apabila kita dengan mudahnya akan menerima publisiti selepas melakukan perkara gila tersebut.

Ini yang berlaku di Perancis apabila seorang wanita yang berasal daripada Sydney, Australia telah nekad mengahwini sebuah jambatan! Punya lah ramai manusia di dunia ini kenapa perlu berkahwin dengan jambatan? Macam-macam lah.

Wanita yang bernama Jodi Rose telah berkahwin dengan jambatan Le Pont du Diable ( The Devil’s Bridge) di Sungai Tech Ceret, Selatan Perancis pada tahun 2013. Bermulanya cinta pandang pertama Rose terhadap jambatan abad ke-14 itu ketika dia pergi melancong ke Perancis beberapa tahun sebelumnya. Selepas itu mereka secara rasmi menjadi suami isteri dengan bersaksikan 14 orang tetamu yang hadir. 

FOTO: Dailymail

Berkahwin dengan jambatan merupakan moment yang manis bagi Rose. Pada hari perkahwinan mereka, Rose telah memakai sebentuk cincin perkahwinan dan dia telah mereka sebentuk cincin khas bersaiz besar untuk ‘suaminya’ itu.

“Saya telah memberikan cincin kepadanya semasa hari perkahwinan kami. Dia kelihatan sangat tampan, kuat dan teguh di mata saya dan saya yakin dialah yang sesuai untuk menemani saya seumur hidup,” kata Rose kepada sebuah portal iaitu Sunday Night.

Rose juga telah menulis kisah cinta dan pertemuannya dengan Mr.Bridge di blog. Sebenarnya semasa Rose sedang mengembara untuk menyiapkan projek muzik yang perlu dilakukan di jambatan, hatinya terus terpaut kepada ‘suaminya’. Dari situlah Rose yakin bahawa suaminya itu ‘the real one’ 

FOTO: Dailymail

“Dia telah memberi saya tempat yang selamat, membawa saya kembali ke tanah dan apa yang penting, dia tidak pernah menghalang saya untuk melakukan apa-apa perkara. Dia saya memahami apabila saya memberitahu yang saya juga sukakan jambatan lain dan lelaki lain juga,”

“The Devil’s Bridge merupakan sebuah kesempurnaan yang saya cari dalam hidup saya. Dia adalah segalanya. Dia merupakan suami yang kuat, amanah, sensual, baik dan tampan, ” ujar wanita itu lagi.

Walau bagaimanapun, perkahwinan Rose bersama suaminya ini tidak diiktiraf di Perancis namun Rose tetap berkeras untuk meneruskan perkahwinannya itu.

FOTO: Dailymail

Sebenarnya, kondisi Jodi Rose ini dikira sebagai Synaesthesia, satu keadaan di mana terdapat gangguan saraf yang boleh mempengaruhi indera kita. Sebagai contoh, orang yang mengalami synaesthesia boleh mendengar warna, merasakan suara dan memandang huruf dan angka dengan warna. Biasanya penyakit ini dimiliki oleh seseorang sejak mereka lahir lagi.

Rose juga berharap agar penyakit yang dihidapinya ini diketahui oleh orang ramai supaya orang ramai tidak semudahnya menganggap wanita itu seorang yang gila. Hmm, kalau lah ini sebuah keadaan yang tidak boleh diubah, sis harap semoga Rose sentiasa berbahagia bersama Abang jambatannya itu okay?

Sumber: Dailymail

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my