D-Life

Warna urin menentukan tahap kesihatan kamu!

Oleh  | 

JARANG orang kita nak bercakap tentang urin, atau bahasa pasarnya, air kencing, walhal warnanya dapat dijadikan panduan untuk menentukan keadaan kesihatan kita. Warna, kepekatan dan baunya ditentukan oleh apa yang kamu makan dan minum.

Air kencing mengandungi 95% air, tetapi 5 peratus yang lain ialah kandungan lain seperti urea, klorida, sodium, kalium, creatinine dan larutan lain seperti ion, dan bahan organik serta tidak organik.

Ini dia, carta 10 warna air kencing; beberapa daripadanya menandakan badan kamu mungkin bermasalah.

 

Jernih

via GIPHY

Kalau air kencing kamu tidak berwarna, bermaksud kamu over-hydration (terlebih air). Walaupun tak sebahaya dehidrasi, over-hydration akan menyebabkan garam dalam badan kamu akan terlalu cair, menyebabkan ketidakseimbangan kimia dalam darah.

 

Warna jerami pucat

Normal, sihat dan badan kamu berhidrasi dengan baik sekali.

 

Kuning jernih

Normal.

 

Kuning pekat

via GIPHY

Normal, tetapi mungkin kamu dehidrasi secara sederhana.

 

Kuning madu

Kamu munkin mengalami dehidrasi. Jika terjadi kepada kamu, kamu perlu lebih banyak minum air, secukupnya.

 

Oren terang

Kamu mungkin dehidrasi, tetapi disebabkan oleh masalah pada bahagian hati atau saluran hempedu, kesan daripada pengambilan makanan berwarna dan juga vitamin B yang berlebihan dalam darah.

 

Oren

FOTO: Reader's Digest

Warna ini mungkin disebabkan oleh pengambilan ubatan tertentu seperti rfifampin or phenazopyridine.

 

Oren pekat atau coklat

Warna ini ialah simptom kepada penyakit kuning, rhabdomyolysis atau sindrom Gilbert’s. Mungkin juga dehidrasi. Jika kamu mengalaminya, segera bertemu doktor.

Merah jambu

Ini sangat ‘rare’ tetapi berlaku juga. Kencing warna ini disebabkan oleh pengambilan makanan seperti beri biru, ubi bit merah dan sebagainya. Meskipun kencing berwarna merah jambu bukanlah sesuatu yang serius, tetapi boleh menjadi petanda untuk jadi lebih serius. Lihat merah.

Merah

Warna kencing berwarna merah disebabkan oleh darah dalam urin. Ini boleh menjadi indikator kepada masalah organ seperti prostat atau buah pinggang. Kencing merah juga mungkin mengisyaratkan keracunan merkuri. Jika kamu mengalaminya, haruslah segera bertemu doktor.

Sumber:  Health Essentials

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my