Serious?!

Wartawan TV3 bertemu Dr Amalina, kongsi momen menyentuh hati

Oleh  | 

BUKAN sedikit usaha yang dilakukan untuk memastikan adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ketumbuhan kanser mendapat rawatan yang sewajarnya. Usaha ini hanya dimulakan apabila gambar adik Ainul mula tersebar di twitter. Pada waktu itulah, gambar Ainul mula melewati timeline twitter doktor muda itu dan beliau tergerak hati untuk memandu Ainul sekeluarga.

Berkat kesungguhan Dr Amalina dan seluruh warga Malaysia, Ainul sekeluarga diterbangkan ke London, United Kingdom untuk mendapatkan rawatan. Setelah lima jam bertarung di dalam bilik pembedahan, alhamdulillah ketumbuhan seberat 200 gram berjaya diselesaikan. Amalina sendiri yang turun membantu pembedahan bersama-sama pakar bedah yang lain.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! 😭 After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weighing 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”. Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done to ensure that baby Ainul would be safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong (also Malaysian-born). They’re very experienced in their own respective field. I was very honoured to be part of the surgical team. Thank you to everyone who made this possible, it was a team effort! Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time. Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. 🙏🏽 (Consent was given by Ainul’s parents for this story to be on IG) @_nrlerwani @ahmadsafiudinn

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on


Wartawan TV3 bernama Haliza Hashim yang menetap di London telah berkesempatan bersemuka dengan Dr Amalina. Menurut wartawan itu, sepanjang mengenali dan menulis perkembangan Amalina, gadis itu selalu membuat sesuatu yang membanggakan termasuklah membawa adik Ainul untuk rawatan.

Haliza turut berkesempatan bertemu dengan keluarga adik Ainul.

“Ainul sangat cantik. Ainul telah dilahirkan semula dengan sifat yang sungguh sempurna. Ciptaan Tuhan yang sangat sempurna”, katanya bapa kepada Ainul. Kata-kata itu sungguh mengesankan dan mereka semua tidak dapat menahan tangisan. Kisah itu dikongsikan Haliza di laman twitter rasminya.

Kesihatan Ainul semakin baik sehingga hari ini. Team Dhia mengucapkan tahniah kepada team Dr Amalina dan semoga adik Ainul dapat pulang dalam keadaan yang sihat dan membesar dengan ceria seperti kanak-kanak lain.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my