DhiaLova

Apa nak buat kalau boyfriend korang gay?

Oleh  | 

“5 tahun kita couple tup tup awak gay?”

INI adalah mimpi ngeri bagi semua perempuan yang mempunyai boyfriend. Kecewa sebab kekasih kita curang dengan perempuan lain dah memang sedih. Tapi kalau kekasih kita curang dengan ‘lelaki’ lain itu jauh lebih pedih. Mana taknya, rupanya kita kalah dengan lelaki!

Kalau korang dah pasti yang kekasih korang memiliki orentasi seks yang tak normal ataupun kantoi depan mata korang yang dia rupanya seorang gay. Ada beberapa cara sebenarnya korang nak handle situasi ini. Ya, marah memang marah, korang patut ada perasaan nak mengamuk. Tapi bersemuka dengan kekasih  korang pun ada caranya supaya korang lebih fokus kepada jalan penyelesaian berbanding untuk menyatakan siapa salah dan siapa betul (of course dia yang salah sebab tak jujur)

via GIPHY

Jadi, ini adalah beberapa cadangan yang sis boleh berikan dekat korang.

Bila sebenarnya

Kita tak boleh tahu tau bila sebenarnya dia mula suka pasangan yang sama jantina. Boleh jadi perasaan itu datang selepas beberapa tahun bersama korang. Bila benda macam ni jadi, dia pun tak ada keberanian nak berterus-terang dengan korang. Jadi, kali ini simpan sikit perasaan marah itu dan beri dia peluang untuk jujur. Kalau dia tak berterus terang sekarang, sampai bila-bila pun dia akan pendam apa yang dirasa sendiri-sendiri.

via GIPHY

Bincang secara rational

Jangan terus jerit depan muka dia

“Kenapa you tipu I selama ini?”

Sis faham kita memang tengah marah dan korang sangat kecewa. Korang tanyalah soalan untuk mendapatkan informasi tentang pandangan dia dekat korang selama ini. Adakah dia sebenarnya anggap korang sahabat karib atau sekadar seorang adik. Berbincanglah dengan matang dan jangan jerit-jerit.

Dia pun tengah ‘hancur’

Sebenarnya bila dah kantoi dekat korang yang dia sebenarnya seorang gay. Dia pun tahu sebenarnya hidup dia dah berubah. Bukan sahaja hubungan dia dan korang telah hancur, tapi hubungannya dengan diri sendiri pun sedang bermasalah. Dia sedang dilanda dilema yang sangat parah. Korang boleh menjadi seorang kawan kepadanya macam sebelum korang bercinta. Kalau dia betul-betul sayang korang, dia akan mengaku dengan sendirinya kesalahan yang dilakukan terhadap hubungan korang. Jangan paksa dia untuk berterus terang. Dia sendiri akan meluahkan apa yang dirasa jika dia sudah bersedia.

via GIPHY

Buat dia rasa selesa

Sebagai kekasih, kita berhak untuk tahu apakah status hubungan kita sekarang. Cubalah buat pasangan korang berasa selesa. Duduklah dengannya. Sebab jawapan daripadanya adalah sangat penting untuk buat masing-masing move on daripada situasi ini. Yakinkan pada dia yang korang bukannya nak mencurah minyak di atas api tetapi hanyalah sekadar mendapatkan kepastian untuk meneruskan kehidupan untuk masa depan.

via GIPHY

Kalau korang dah cuba teknik di atas tapi dia tetap tidak bercakap apa-apa malah mengindar daripada kalian. Maknanya dia belum berani untuk berterus terang. Korang pun memerlukan keadilan untuk melindungi diri korang. Lagipula bercinta dengan orang gay tidak kemana. Ingat, mereka bukanlah jahat. Mereka cuma tidak berani untuk bercakap tentang perasaan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my