Serious?!
“Who’s next?” – Kali ini Emma Maembong dengan Noki K-Clique pula
NAMA Emma Maembong pernah menggemparkan industri hiburan tanah air kita pada awal tahun lalu apabila dia dengan berani tampil memberitahu tentang keputusannya untuk membuka hijabnya semula. Tidak lama sebelum itu, Emma juga pernah terpalit kontroversi berkenaan foto mesranya bersama abang kepada seorang menteri ini.
Kini, Emma menjalani kehidupannya seperti biasa. Bila lihat foto-foto yang dimuat naik Emma di laman Instagramnya, ternyata gadis berusia 27 tahun ini sedang bahagia menjalani kehidupan sehariannya.
Tapi, apa yang telah menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai adalah baru-baru ini Emma telah memuat naik fotonya bersama salah seorang daripada ahli anggota kumpulan rap yang sedang ‘hype’ pada waktu ini iaitu K-clique.
Emma dan Noki K-clique dilihat memuat naik foto mereka berdua di laman Instagram masing-masing. Eh, ada apa-apa ke mereka ni?

Foto: Instagram Noki K-Clique
Emma juga memuat naik foto dirinya bersama Noki dengan kapsyen yang berbaur sweet seperti,
“have a safe flight ✈️ 🌹”

Foto: Instagram Emma Membong
Kalau dah namanya public figure, setiap perbuatan kita pasti akan diteliti oleh peminat dan warganet. Ternyata tindakan mereka memuat naik foto berdua berjaya menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang menyokong dan ada juga yang menyelar Emma. Ye lah, sebelum ini nama Emma pernah dikaitkan dengan beberapa artis sebelum ini kan.

Foto: Instagram

Foto: Instagram

Foto: Instagram

Foto: Instagram
Tapi selagi tuan empunya badan belum buka mulut, tak bolehlah kita nak timbulkan apa-apa spekulasi betul tak? Kalau mereka berdua benar-benar sedang bercinta pun apa salahnya. Emma kan single lagi. Lagipun, siapa je yang tak nak berpasangan dengan abang-abang rapper yang sedang menjadi pujaan hati gadis-gadis sekarang ni. Untung Emma!





Komen Terkini