Be-You-Ty

Whuttt, korang cuci rambut hari-hari? Habislah…

Oleh  | 

RAMAI orang menganggap, rambut kalau cuci dengan syampu hari-hari, masalah rambut dan kulit kepala akan cepat hilang. Tapi betul ke begitu?

Percaya atau tidak, menurut pakar rambut, rutin harian kamu itu sebenarnya bukan sahaja memulihkan tapi menambah lagi kerosakan pada rambut! Syampu yang kamu pakai tu bukan je buat rambut kering, malah akan menghilangkan natural conditioner kat kepala.

Tu baru satu, nak tahu apa sebab-sebab lain kenapa korang tak perlu cuci rambut setiap hari? Jom baca selanjutnya!

 

Rambut bercabang

Kamu mesti pernah alami masalah rambut bercabang kan? Elok-elok tengah sikat rambut, nampak pulak hujung-hujung rambut tu bercabang. Dah spoil mood! Korang tahu tak syampu yang korang guna hari-hari tu dah remove minyak semula jadi dari rambut, tambah pula dengan cucian harian. Hmm..rosaklah mahkota korang tu.

 

Rambut kusut

Mencuci rambut mungkin nampak macam the only solution untuk rambut berminyak dan tak bermaya. Tapi kenyataannya syampu membuatkan rambut korang lebih berminyak! Kamu yang bertudung tu mesti rasa rimas kan kalau kepala rasa gatal dan berminyak.

Bukan tu je, rambut kamu akan jadi kering dan hilang sinar sekali gus menjadikannya lebih kusut. Sebabnya bahan-bahan dalam syampu tu mengurangkan natural oil dalam rambut. Mesti kamu tak mahu kan rambut kamu kusut masai macam Hantu Kak Limah. Tak pasal-pasal crush kamu lari nanti.

 

Warna pudar

Bagi kamu yang warnakan rambut, cucian setiap hari akan menyebabkan warna rambut kamu cepat pudar. Syampu dan bilasan rambut tu melunturkan warna yang mulanya gelap. Sayang je kamu bayar mahal-mahal kat salon tapi korang tak jaga lepas tu warna rambut cepat luntur.

Pendek kata, kamu cuma perlu cuci selang sehari atau sekali untuk dua ke tiga hari je. Dalam masa yang sama rambut kamu boleh produce semula minyak semula jadi. Kalau kamu rasa rambut dan mula berminyak dan kepala gatal-gatal, maka kamu kenalah cuci dan syampu okay!

 

Sumber:  OhBulan!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my