Dhiaventure

Wohoo! Akuarium Raksasa terbesar dunia kini di Malaysia!

Oleh  | 

BERITA baik untuk semua rakyat Malaysia! Taman rekreasi terkenal Legoland bakal membuka Sea Life Malaysia iaitu akuarium raksasa terbesar di dunia.

Sea Life yang bakal dibuka pada April ini memiliki keluasan 2,123 meter persegi dengan 11 zon habitat berbeza.

FOTO: Sealife Legoland

Sudah tentunya ia akan dipenuhi dengan bermacam haiwan laut seperti kuda laut, pari dan obor-obor.

Pengunjung boleh melihat pelbagai binatang laut sekali gus menambah rasa cinta dan prihatin kepada hidupan laut.

FOTO: Sealife Legoland

Tidak hanya itu, Legoland Resort turut menyediakan Theme Park, Water Park dan Legoland Hotel yang sudah sedia menyambut kedatangan pelancong.

Taman Tema atau Theme Park Legoland yang dibuka sejak 2012 kini menjadi Legoland pertama di Asia yang mempunyai pelbagai tema tertentu dan diserikan dengan pelbagai pertunjukan setiap tahun.

Bravo Bangsa Johor!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my