Dhiaventure

World Food Day: Kami cuba 5 snacks berbeza dari 3 negara!

Oleh  | 

SEBAGAI seorang pelajar di universiti, kita pastinya memerlukan snacks untuk bertahan mengulangkaji pelajaran. Nak lagi bila dah sampai waktu final exam, mulalah kita nak belajar sampai ke tengah malam. Biasanya kita mulalah nak mengunyah sebab itulah penuh stok snacks dekat atas meja belajar kita. Setuju tak?

Sempena Hari Makanan Sedunia ini, team Dhia pun pergi rasa snacks daripada negara berbeza. Yelah, nak juga tahu macam mana rupa snacks dekat negara lain, betul tak? Sesuai ke tidak dengan lidah kita sebagai warganegara Malaysia ini.

Makanan yang kami pilih datangnya dari negara Korea, Jepun dan Lebanon. Jadi, meh kita tengok sikit apakah snacks yang kami pilih sempena Hari Makanan Sedunia.

Ha, kalau korang nampak yang warna hijau tu, ia adalah rumpai laut. Cuma yang ni dia pedas tau. Jadi bila makan, rasa dia macam masin, rangup tapi pedas! Yang air dalam botol itu pula jus tomato. Tapi sis tak berkenan sangat sebab rasanya dia masam macam minum tomato puri yang orang duk masak nasi tomato tu.

Sis boleh katakan makanan snek Korea ini kena dekat tekak sis. Okay, yang sotong samyang tu, rasa dia sama macam sotong yang ada gula waktu kecil-kecil kita pernah makan. Manis dan sesuai untuk buat kunyah. Memandangkan jarang betul dapat air gas tembikai. Walaupun nampak warna putih jernih, tapi rasanya dia memang sedap. Tak rugi kalau nak minum atau bagi kawan-kawan.

Orait geng, gula-gula ni memang sangat manis ya. Lepas tu buah Tin yang ada dekat atas gula-gula ni memang sangat pekat rasanya. Kalau korang makan satu paket pun korang dah rasa nak minum air bergelas-gelas. Sebab ia terlalu manis. Sis tabik orang Lebanon boleh tahan dengan tahap kemanisan snek mereka ni.

Orait, itu sahajalah yang sis boleh roger sempena hari makanan sedunia. Korang pula macam mana? Snek negara  mana yang korang rasa sedap gila sampai tak boleh tidur malam? Roger sis sikit.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my