Serious?!

Wow! Bandar Ni Yang Hanya Ada Seorang Penduduk

Oleh  | 

DI Amerika Syarikat ada sebuah bandar yang dikenali sebagai Monowi di Nebraska yang hanya mempunyai seorang penduduk. Monowi bermaksud bunga di dalam bahasa asal Amerika dan ianya diberi nama tersebut atas sebab bunga liar yang tumbuh di sekitar bandar tersebut.

Foto:www.ststworld.com

Seorang penduduk disitu lah juga seorang datuk bandar, pelayan bar dan juga pustakawan di bandar tersebut. Tapi korang boleh anggap dia mempunyai pelbagai perkerjaan disana sebab hanya dia seorang sahaja yang tinggal di bandar tersebut. Dia adalah Elsie Eiler yang sudah berumur 85 tahun dan rutin hariannya disana adalah dengan membuka sebuah bar.

Foto:www.megangarner.com

Bermula pada pukul 9 pagi 6 hari dalam seminggu untuk membuka bar dan dia memilih untuk bercuti pada hari isnin. Kebiasaannya bar tersebut akan dikunjungi oleh pelanggan biasa yang datang dari bandar yang berdekatan yang sering menjadikan bar tersebut sebagai tempat komuniti berkumpul.

Mungkin korang tertanya-tanya betul ke bandar ni dari dulu seorang je penduduknya? Tak, sebenarnya pada tahun 1930, Monowi adalah sebuah bandar yang mempunyai landasan keretapi yang sibuk dan mempunyai lebih 150 aktiviti perniagaan  termasuklah kedai runcit, restoran, dan juga mempunyai penjara. Tapi disebabkan pertanian disana merosot dan kemajuan industri, penduduk mula berpindah untuk mencari peluang perkerjaan yang lebih baik.

Eiler membuka bar di Monowi pada tahun 1971 bersama suaminya Rudy Eiler dan juga membuka sebuah pepustakaan yang mempunyai 5000 buku yang sebenarnya milik peribadi Rudy.

Foto:www.megangarner.com

Namun Rudy meninggal dunia pada 2004 dan menjadikan Elsie sebagai satu-satunya penduduk disitu. Elsie bercadang untuk menghabiskan hayatnya di situ dan tidak berniat untuk meninggalkan tempat tu walaupun dia mempunyai anak-anak di luar bandar tersebut.

Foto:www.megangarner.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my