Inspirasi Dhia

Wow, baru umur 10 tahun dah jadi MUA termuda dekat London Fashion Week!

Oleh  | 

WAKTU umur sis 10 tahun dulu, rasanya sis masih panjat pokok jambu belakang rumah dan tak fikir pula nak jadi somebody.

Tapi berlainan ceritanya dengan gadis cilik bernama Natthanan berumur 10 tahun ini. Bakat solekannya mula dihidu ibunya apabila anak gadisnya itu begitu tekun mengenakan solekan pada wajahnya. Tidak hanya itu, si ibu mula memuat naik beberapa foto anaknya melalui Facebook.

Hasil dorongan ibunya, sejak berumur 7 tahun lagi, gadis kelahiran Thailand ini sudah dihantar untuk mengikuti khusus make up secara serius sehingga bergelar Make Up Artist Profesional. Wow!

Tidak hanya itu, Natthanan juga aktif memuat naik make up tutorial di Facebook dan Instagram. Tidak ketinggalan juga dibantu oleh tren kecantikan yang semakin berkembang pesat di seluruh dunia.

Ketika usianya baru mencecah 10 tahun, ia telah diterbangkan ke London dan menjadi jurusolek untuk Fashion Week 2018! Zass zass zass!

Pada awalnya memanglah si cilik ini sedikit gugup. Tapi, entah bagaimana lama kelamaan dia semakin biasa untuk menguruskan model-model untuk runway.

Bagi Natthanan pula, bekerja untuk pertunjukan fesyen sebesar London Fashion Week 2018 memang tidak mungkin dilupakan dan menjadi pencapaian terbesarnya untuk tahun ini.

Tahniah Natthanan!

Sumber: Fimela

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my