D-Life

Wow! Betul ke bermodalkan RM 9 boleh kempiskan perut dan cuci usus?

Oleh  | 

MASALAH yang melibatkan pencernaan seperti kembung perut, sembelit, pedih ulu hati dan senak sememangnya merupakan perkara yang biasa kita dengari saban hari. Boleh ke kita biarkan perkara ini berlaku tanpa ada inisiatif untuk mencari penyelesaiannya?

Kebanyakan orang mengalami masalah pencernaan adalah disebabkan pemilihan makanan yang kurang nutrisi dan serat. Tidak hairanlah apabila usus kita mengalami keracunan setiap hari sehingga terjadinya penyakit-penyakit yang dinyatakan di atas. Tambahan lagi, orang yang mengalami masalah penghadaman akan mengalami perut buncit dan ianya boleh menjejaskan penampilan seseorang.

Untuk mereka yang mengalami masalah kesukaran membuang air besar setiap hari ataupun sembelit, pastinya ia sangat mengganggu kita untuk melakukan aktiviti seharian. Korang kena tahu sekiranya masalah usus ini dibiarkan secara berlarutan, ianya boleh menjejaskan sistem tubuh badan kita tau.

Lebih-lebih lagi penyakit yang berpunca daripada masalah penghadaman merupakan punca keenam kematian tertinggi yang berlaku di hospital kerajaan, Takutnya! So apa solusi yang baik untuk mencegah perkara ini ek?

Ha! Minum lah minuman berkultur dan yogurt seperti vitagen dan yakult sememangnya merupakan minuman yang terbaik untuk membantu melancarkan sistem penghadaman kita.

Image result for yakult

FOTO: The Paper Cut

Selain daripada minuman beryogurt, terdapat satu lagi makanan yang mempunyai fungsi yang sama seperti yogurt tau. Nak tahu tak apa dia?

Percaya tak, Nata de coco sebenarnya boleh membantu menyingkirkan segala sisa makanan dan selaput yang tersangkut pada usus sekaligus dapat mengempiskan perut tau. Dhia pun baru tahu tentang perkara ini!

Image result for nata de coco

FOTO: The Paper Cut

Menurut sumber portal Vitdaily, rahsia paling mudah dan murah untuk menjaga sistem penghadaman kita adalah dengan menggunakan nata de coco dan minuman berkultur. Apa yang lebih menyeronokkan, korang hanya perlu keluarkan RM 9 sahaja untuk memastikan sistem penghadaman korang lancar. Murahnya!

Dengan harga Yakult RM 5 dan Nata de coco RM 4, korang boleh jaga sistem penghadaman korang dengan baik tau. Caranya mudah sahaja. Asingkan air nata de coco dan campurkan 15 biji nata de coco ke dalam minuman berkultur seperti Yakult. Amalkan dua kali sehari sebelum bersarapan dan sebelum tidur.

Menurut portal Vitdaily lagi, minuman ini telah disyorkan oleh seorang doktor perubatan dan ianya selamat dan sangat berkhasiat untuk diminum.

Ha, lepas ni tak perlu berbelanja banyak untuk beli ubat kurus. bermodalkan RM 9, korang boleh menjaga sistem penghadaman korang dengan baik. Tak payah nak beli ubat kurus yang dah tentu-tentu harganya mencecah beratus ringgit kan? Okeylah, Dhia pun kena try juga ni!

Sumber: Vitdaily

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my