Inspirasi Dhia

Wow! Hanya dengan plastik sampah, kanak-kanak ini boleh sekolah dengan percuma

Oleh  | 

Ingat lagi cerita 3 idiot lakonan Aamir Khan apabila Phunsukh Wangdu membina sebuah sekolah di pedalaman untuk membantu anak-anak di kawasan itu mendekati sains?

Ini pula cerita di sebuah sekolah untuk pelajar kurang bernasib di Assam, India. Mereka mempunyai cara paling kreatif untuk menyelesaikan masalah pembuangan sampah di kampungnya iaitu setiap pelajar yang ingin belajar di sekolah tersebut perlulah membawa sisa plastik sampah sebagai yuran persekolahan mereka.

FOTO: Instagram Aakshar_foundation

“Idea itu datang daripada pengasas Ashkar Foundation iailu Parmita Sarma bersama-sama Mazin Mukhtar pada Jun kira-kira empat tahun lalu.

“Memang niat kami untuk membuka sebuah sekolah percuma untuk anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Pada masa yang sama, saya tiba-tiba terfikir untuk menyelamatkan ekologi kawasan ini memandangkan masyarakat di sini suka membakar sampah.

Saya masih ingat lagi bagaimana bilik darjah kami dicemari dengan asap toksik setiap kali penduduk di kawasan ini membakar sampah untuk memanaskan badan mereka. Jadi, saya mula mengenakan syarat setiap pelajar perlu membawa sisa plastik sebagai yuran sekolah mereka,” katanya.

FOTO: Instagram Aakshar_foundation

Bercerita lanjut tentang sejarah penubuhan sekolah tu, ia bermula apabila Mazin daripada New York bertemu Parmita yang juga merupakan pelajar sarjana kerja sosial di India. Mereka sepakat memberi ‘magis’ dalam sektor pendidikan.

Bukan mudah untuk membina sekolah ini pada awalnya. Tak ramai ibu bapa tempatan yang yakin untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini kerana kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai buruh di kawasan berhampiran. Maka, Mazin dan Parmita sama-sama merancang kemahiran yang boleh membantu anak-anak ini di masa mendatang.

Anak-anak di sekolah ini dididik untuk menghasilkan barang daripada sisa buangan terpakai yang dikumpul di sekolah ini.

FOTO: Instagram Aakshar_foundation

FOTO: Instagram Aakshar_foundation

Daripada 25 orang murid, kini mereka telah mempunyai sebanyak 100 pelajar yang membawa 25 jenis sisa plastik buangan setiap minggu. Sekolah ini juga mempunyai pelbagai khursus seperti bernyanyi, menari, memasang panel suria, sulaman, bertukang, berkebun, pertanian organik dan sebagainya untuk membantu anak-anak ini mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

FOTO: Instagram Aakshar_foundation

Murni seungguh usaha mereka berdua. Bukan sekadar beri pendidikan malah dapat juga atasi masalah pencemaran dekat  kawasan tersebut. Kudos cikgu!

Sumber: The Better India

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my