Be-You-Ty

Wow! Hebatnya khasiat asam keping ni

Oleh  | 

SELAIN digunakan untuk memasak, asam keping juga mempunyai kelebihan lain yang boleh membantu improve kesihatan tubuh badan kita.

Selalu kita dengar banyak khasiat buah-buahan dan benda hijaukan? Jarang kita dengar benda masam-masam ni boleh beri khasiat pada kesihatan tubuh badan kita.

Apa yang menariknya lagi, banyak pulak tu kelebihan yang boleh didapati. Lepas baca semua tips dan kelebihan ni, korang bolehlah amalkan. Jimat pun jimat.

Migraine? Try this!

Kepada korang yang selalu sangat sakit kepala boleh cuba minum air asam keping. Sis faham kadang-kadang tak lalu untuk telan ubatkan? Jadi apa kata korang try tips ni. Rendamkan sekeping asam keping kemudian cuba minum.

Ubati darah tinggi

Zaman sekarang ni, penyakit darah tinggi bukan hanya serang orang yang lebih berumur je. Orang muda pun dah ramai kena penyakit darah tinggi ni. Asam keping ni boleh membantu untuk menurunkan tekanan darah yang tinggi dan apa yang best, ia tak membahayakan tubuh!

Bantu rawat kencing manis!

 

Salah satu kelebihan ni adalah dapat merawat penyakit kencing manis. Buah ini berfungsi untuk membersihkan saluran pundi kencing dan membersihkan bakteria yang ada.

Atasi masalah obesiti

Antara kelebihan yang paling popular adalah dapat membantu mengawal berat badan daripada meningkat. Berkemungkinan dapat mengawal selera makan dan juga cravings yang tak perlu tu!

Sebelum sis lupa, pastikan korang rendam asam keping tu semalaman dan minum di waktu pagi ya. Semoga bermanfaat dan dapat membantu kesihatan kita semua!

Sumber:Ohbulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my