Inspirasi Dhia

Wow! Kajian dedahkan kamu boleh kaya hanya dengan…

Oleh  | 

ORANG dulu-dulu selalu pesan, orang tamak selalu rugi. Jangan tak tahu, rupanya kata-kata itu benar belaka!

Kalau kamu nak tahu, ada sebuah kajian yang dilakukan di Sweden membuktikan  mereka yang ego dan selalu mementingkan diri sendiri cenderung memiliki anak yang sedikit dan jumlah gaji yang lebih rendah berbanding semua.

Sebaliknya, apabila seseorang itu mengutamakan orang lain berbanding kemahuannya, maka dia akan memperoleh lebih banyak pendapatan dan keluarga yang lebih besar.

via GIPHY

Dalam kajian yang berlainan di Amerika dan Eropah turut mendedahkan hasil kajian yang sama.  Bedasarkan kepada penyelidikan yang dilakukan kepada 60 ribu responden menunjukkan ada hubung kait antara sikap ego  dengan tahap pendapatan serta kesuburan.

Menurut Kimmo Eriksson, ketua penyelidik kajian terbabit mengatakan mereka yang memiliki sifat murah hati cenderung memperoleh pendapatan tinggi  dan jumlah anak yang banyak

via GIPHY

Ternyata, kebahagiaan itu boleh didapatkan melalui perasaan cinta dan kasih sayang. Manakala bagi sesetengah orang kaya, kebahagiaan bagi mereka diukur dengan kebanggaan.

Jom kita rajinkan diri untuk lebih banyak memberi daripada menerima, alright girls!

 

Sumber: Kompas.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my