Be-You-Ty

Wow, kini rahsia ‘make up’ Lisa BLACKPINK terbongkar!

Oleh  | 

DDU-DU DDU-DU ah yeah, ah yeah!

Siapa yang tidak berjoget setiap kali mendengar lagu-lagu kumpulan BLACKPINK yang ahlinya cantik-cantik belaka ini!

Jadi untuk artikel kali ini, apa kata kita berikan highlight kepada Lisa BLACKPINK dengan membongkar bagaimana agaknya gaya solekkan artis yang berambut coklat keperangan ini.

via GIPHY

Juru solek artis bernama Lizzie Parra mengakui tidaklah sukar untuk menata rias wajah Lisa. Rahsia kesempurnaan wajah Lisa hanya bergantung kepada mata dan bibirnya.

via GIPHY

Lizzie mengatakan untuk meniru penampilan ala-ala Lisa, kamu perlu menggunakan eyeliner sedikit tebal dengan gaya bold. Layangkan ia disekitar mata bagi memberi kesan galak dan menyerlah daripada biasa.

via GIPHY

Jika sebelum ini gaya lipstick ombre atau liptint menjadi trend dan pilihan  gadis di Korea. Kini, trend itu berubah apabila gincu bewarna bold semakin mendapat perhatian. Warna seperti itulah yang menjadi pilihan Lizzie bagi melengkapkan solekkan Lisa.

Lizzie juga sempat mengingatkan untuk mengenakan sedikit glitter memandangkan gadis korea amat menyukai sesuatu yang berkilau. Ia dapat menambahkan seri pada  wajah kamu. Dengan ini, lengkaplah gaya anda ala-ala Lisa BLACKPINK. Kongsikan gambar kamu bersama team kami, mana tahu kalau-kalau anda lebih letops daripada Lisa!

 

 

 

Sumber: Kumparan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my