Serious?!

Wow! Payung Teduh nyanyikan lagu tema Wreck-it-Ralph 2!

Oleh  | 

THE Walt Disney Company Indonesia mengumumkan kolaborasi bersama band indie yang sedang meningkat naik di Indonesia, Payung Teduh, bagi menyanyikan lagu tema filem animasi Ralph Breaks the Internet: Wreck-it-Ralph 2, yang bakal ditayangkan bermula 22 November nanti.

Lebih istimewa, Payung Teduh menjadi artis Indonesia dan Asia Tenggara yang pertama diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu asal bagi filem Disney!

Lagu berjudul Sebuah Lagu itu akan ditampilkan bersama muzik videonya dan dimainkan pada kredit akhir filem animasi tersebut untuk tayangan di Malaysia dan Indonesia.

FOTO: Walt Disney Indonesia

Pengumuman kolaborasi dengan Payung Teduh ini dibuat oleh wakil Disney Indonesia, Herry Salim, dalam satu sidang media di Jakarta, Khamis lalu.

“Melalui kolaborasi ini, kami mahu menampilkan konten menarik dan relevan bagi penggemar filem ini, juga menampilkan bakat-bakat tempatan yang berbakat serta menginpirasi indutsri kreatif tempatan,” tambah Herry.

 

Pengurus Payung Teduh tampil sebagai vokalis

Istimewanya, khusus bagi kolaborasi ini sahaja, Payung Teduh menampilkan pengurus mereka, Marsya Ditia sebagai vokalis bagi lagu tersebut.

Penglibatan Marsya sebagai vokalis bagi projek ini bertitik tolak daripada urusan penghantaran sampel kepada pihak Disney yang terpaksa menggunakan suara beliau sendiri.

FOTO: Walt Disney Indonesia

“Pada ketika itu, kebanyakan ahli Payung Teduh tidak berada di Jakarta. Tarikh akhir untuk hantar demo kepada Disney pula semakin hampir. Langsung, saya hantar sahaja sampel yang menggunakan suara saya sendiri,” cerita Marsya, yang sudah menguruskan Payung Teduh selama lebih 10 tahun.

Pihak Disney Indonesia akhirnya menyukai sampel dengan vokal Marsha dan memutuskan untuk beliau menjadi vokalis bagi lagu tersebut.

Akui tertekan apabila terpaksa menyanyikan lagu tersebut, kata Masrya, beliau mendapat sokongan padu daripada rakan-rakannya di dalam Payung Teduh. Malah, penggunaan vokal Marsya dalam lagu ini sangat tepat bagi menterjemahkan suara watak dalam filem tersebut, Venelope untuk meraikan persahabatannya dengan watak Ralph.

Dicipta oleh Alejandro Saksakame, Sebuah Lagu boleh didapati menerusi album runut bunyi filem Disney’s Ralph Breaks the Internet: Wreck-it-Ralph 2 dan boleh mula distrim melalui aplikasi penstriman muzik digital bermula 16 November 2018.

Muzik video bagi lagu tersebut pula akan bertemu peminat bermula 30 November 2018.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my