Diri Dhia

Wow! Tiga langkah magis ini boleh buat kamu kurus serta merta

Oleh  | 

BANYAK cara untuk kurus, tetapi banyak betul yang berakhir dengan lapar dan sia-sia. Bersenam bagai nak rak, jaga makan sampai sanggup ikat perut, tapi berat tak juga turun-turun.

Untuk kurus, kamu perlu ikut plan yang betul. Kalau kamu ikut plan yang tepat, barulah berat badan kamu. Tetapi kalau ada cara yang cepat untuk kurus, kenapa pilih jalan lambat, kan?

  1. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat

Jika kamu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat, tahap kelaparan kamu akan menurun dan menyebabkan kamu kurang makan. Tahap insulin dalam badan kamu juga akan menurun, menyebabkan buah pinggang akan menyingkirkan sodium dan air yang berlebihan dalam badan. Baru boleh elakkan gemuk air!

  1. Makan protein, lemak dan sayur-sayuran

via GIPHY

Dalam setiap pengambilan makanan kamu, tiga nutrisi ini perlu seimbang. Ini dapat mengurangkan pengambilan karbohidrat kepada jumlah yang disyorkan (20 – 50 gram sehari). Antara cadangan pengambilah protein ialah daging, ayam dan kambing. Kamu juga boleh gantikan dengan makanan laut seperti ikan salmon, udang dan sebagainya. Telur juga sumber protein yang baik, yang dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.

  1. Bersenam tiga kali seminggu

Bersenam tidak dimestikan tetapi digalakkan. Opsyen terbaik ialah pergi ke gimnasium tiga kali seminggu, panaskan badan dan buat angkat berat. Dengan mengangkat berat, kamu akan membakar banyak kalori dan membantu memperlahankan metabolisme yang dapat mengurangkan berat badan.

Sumber:  HealthLine

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my