D-Life

Yehu! Ini masa nak ambil gambar paling ‘onz’ sebab Bunga Matahari dah mekar

Oleh  | 

Kalau korang sejenis gila likes dan followers sampaikan sanggup berhabis duit untuk cari benda yang up to date untuk akaun korang, baca entry ni!

Meh sini sis nak bagi tahu sebuah tempat yang memang tip top yang sis rasa korang akan suka iaitu Armundu Farm dekat Banten Indonesia.

Ha, memanglah jauh sikit. Tapi sekali sekala travel dengan rakan-rakan ke, family kan best!

Kalau korang nak tahu, sekarang adalah musim  kebun bunga matahari sedang mekar dan berbunga dengan indah sekali.

“Ini adalah minggu kedua bunga-bunga di kebun ini mekar. Biasanya ia akan bertahan untuk mekar selama 3 minggu. Selepas itu, ia akan gugur” kata Ikhsan yang juga merupakan pegawai yang bekerja di Arumdalu Farm.

Inilah masanya untuk korang mengambil gambar ala-ala gadis paling femenin di dunia dengan latar belakang bunga Matahari yang akan menambahkan seri pada gambar tersebut

Korang hanya perlu membayar tiket sebanyak RM6 dan mendapatkan segelas teh bunga. Menarik ke tidak? Jom pergi weekend ni!

 

 

 

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my