Serious?!

Yeza! Mahasiswa kini boleh ambil 2 kursus ini sepanjang tempoh pengajian

Oleh  | 

MENTERI Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik memgumumkan dua kursus baharu diperkenalkan kepada mahasiswa di Universiti Awam di Malaysia bermula sesi 2019/2020.

Kursus yang dimaksudkan ialah Kursus Falsafah dan Isu Semasa dan Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Menurut beliau, dua kursus ini diperkenalkan selari dengan sistem pendidikan negara yang berteraskan nilai.

 

Pengumuman itu di sampaikan sendiri menteri berkenaan menerusi laman Facebook rasminya. Menurut Maszlee, kursus ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melahirkan siswazah yang kritis, kreatif, inovatif, sihat dan matang.

“Pertamanya, Kursus Falsafah dan Isu Semasa. Keduanya, Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Kedua-dua kursus ini ialah kursus yang wajib diambil oleh mahasiswa kita dan ia boleh diambil bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian mereka.

Ramai orang menganggap falsafah ialah pengetahuan yang berat dan meletihkan. Hakikatnya, ilmu falsafah ialah ilmu berfikir. Dengan falsafahlah kita belajar mengaturcara fikiran seterusnya membina tamadun pemikiran. Dengan falsafah jugalah kita menganalisa, mencari kebenaran, dan seterusnya merancang penyelesaian.

Kerana di akhirnya, kita mahu memastikan siswazah keluaran universiti kita tinggi pemikirannya, muluk peribadinya, dan sentiasa cuba untuk menyelesaikan masalah masyarakat,” katanya.

FOTO: Facebook Maszlee Malik

Wah, lepas ni mereka yang dekat universiti akan lebih kritis dalam berhadapan dengan apa-apa isu besar melibatkan masa depan negara dan tidaklah hanya melolong di Twitter bila kekasihnya disailang kawan baik sendiri. Hiks

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my