Serious?!
“You look great,”- Neelofa dipuji pereka fesyen antarabangsa terkenal New York
WOW! wow! wow!
Ramai nampaknya yang dah tahu pengacara terkenal Neelofa sekali lagi turun menghadiri New York Fashion Week yang berlangsung gilang-gemilang sejak beberapa hari lalu. Neelofa nampaknya kembali menjadi perhatian dunia maya apabila video terbaharunya yang menunjukkan suasana ketika proses fitting menjadi buah mulut ramai.
View this post on Instagram
Mana tidaknya, ketika proses fitting itu berlangsung, pereka fesyen terkenal antarabangsa Tommy Hilfiger sendiri turun padang untuk bertemu empat mata dengan Neelofa. Bukan itu sahaja, pereka itu turut memuji Neelofa dan memberikan komen yang baik bagi menggayakan busananya.
“Beliau sangat baik. Saya berasa sangat merendah diri dan berbesar hati apabila beliau mempelawa saya untuk bergambar bersama,” kata Neelofa yang turut memuat naik foto mereka berdua di laman Instagram rasmi milik usahawan tudung terkenal itu.
“Team Tommy Hilfiger juga sangat membantu ketika proses fitting. Mereka juga sangat natural ketika menggayakan hijab untuk saya,” tambahnya lagi.

Menurut Neelofa juga, dia turut berkenan dengan koleksi kasual yang ditampilkan Tommy Hilfiger kali ini dan menganggap koleksi terkini pereka fesyen terkenal itu sebagai antara busana kegemarannya. Wow! Untung Neelofa dapat komen terus dari yang empunya pereka.
Turut dilihat hadir sama ke New York Fashion Week ialah pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari.





Komen Terkini