Serious?!

‘You slay, girl’- Neelofa genggam trofi di Monaco!

Oleh  | 

SATU demi satu kejayaan telah dibuktikan pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa ini. Terbaharu, anak muda itu telah melakar nama di mata dunia sebaik sahaja berjaya membawa pulang Anugerah Influencer 2019 bagi kategori Usahawan di Monaco.

Berita gembira itu dikongsikan Neelofa menerusi posting Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendukung cita-cita anak gadis asal Kelantan itu sejak hari pertama lagi.

“RECOGNITION. Thank you again for the nomination and this award @influencerawardsmonaco. This goes to all of you who have been supporting and inspiring this girl since day one. Definitely one of the most significant highlights of 2019.”

Neelofa dihujani ucapan tahniah dan penghargaan daripada selebriti dan peminat sejak mengumumkan kejayaannya itu.

Influencer Award Monaco 2019 telah memasuki tahun kedua penganjurannya kali ini. Ia adalah  sebuah majlis anugerah berprestij untuk individu yang berpengaruh di laman sosial. Ia bakal menentukan siapakah individu paling berpengaruh menerajui trend terkini dalam kategori fasyen, kecantikan, usahawan, lifestyle, kesihatan, makanan, travel, dekorasi dan rumah, seni dan fotografi serta hiburan dan jenaka.

BACA:Apa sebenarnya Influencer Awards Monaco yang Neelofa bakal hadiri? Ini 5 benda korang kena tau

Anugerah ini dipengerusikan oleh keluarga Diraja Monaco iaitu anak kepada Puteri Stephanie bernama Pauline Ducruet. Influencer Awards ini diwujudkan tahun lalu untuk meraikan individu penting di laman sosial.

Tahniah Lofa!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my