Serious?!

Yuhu! Siapa sangka telur lagi ‘famous’ berbanding Kylie Jenner di Instagram!

Oleh  | 

BUKAN gambar kereta mewah, bukan barang make up, bukan gadis seksi yang mempunyai likes tertinggi di Instagram. Tapi rekod gambar paling mendapat likes tertinggi disandang oleh sebiji telur!

Lebih menarik lagi, gambar sebiji telur itu telah menewaskan rekod likes paling tinggi yang sebelum ini disandang oleh selebriti terkenal Kylie Jenner.

Sebelum ini, Kylie telah mencatatkan jumlah likes sebanyak 18.1 juta di Instagram selepas dia memuat naik foto anaknya iaitu Stormi pada Februari lalu.

Namun sebaik sahaja akaun Instagram bernama ‘world_record_egg’ itu memuat naik gambar sebiji telur, jumlah likes telah mencanak naik mencatatkan 26 juta likes untuk foto yang serba simple itu. Tanpa hiasan tambahan. Tanpa filter.

Bukan itu sahaja, lebih mengagumkan, gambar yang simple itu telah memperoleh purata satu juta likes dalam masa satu jam. Jumlah likes itu mengalahkan barisan nama-nama artis terkenal seperti Selena Gomez dan Beyonce.

Wow! Hidup telur! Telur for life!

 

 

 

 

 

Sumber: Awani

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my