Serious?!

Yuna buat hal lagi! Kalini bernaung bawa agensi model terkenal dunia pula

Oleh  | 

BUKAN calang-calang nama penyanyi Yunalis Zarai ini sebenarnya. Setelah menggemparkan negara dengan poster album baharunya Rouge terpampang di billboards Times Square, New York beberapa bulan lalu, kini artis itu kembali melebarkan sayapnya sebaik sahaja mengumumumkan bernaung di bawah agensi model terkenal dunia.

Berita baik itu dikongsikan Yuna melalui Instagram rasmi miliknya dengan kapsyen berbunyi,

“Hello dunia, ini berita baik yang ingin saya kongsikan kepada semua. Wanita ini sekarang sudah menyertai wilheminamodels!

“Siapa yang sangka. Tapi kita berjaya melakukannya, mak. Saya sangat teruja untuk berkongsu detik ini bersama adik perempuan saya @massey_sw. Saya sedia untuk berkhidmat,”

Untuk pengetahuan korang, Wilhelmia Models adalah salah satu agensi bakat dan model terkenal dunia yang berpangkalan di New York. Artis yang bernaung di bawah syarikat ini pun bukan calang-calang antaranya Nicki Minaj dan Shawn Mendes.

Ramai yang tumpang berbangga dengan pelantun lagu Dan Sebenarnya itu. Turut meluahkan rasa teruja ialah Dr Amalina Che Bakri dan usahawan tudung terkenal Vivy Yusuf. Tidak ketinggalan penyanyi terkenal Indonesia Anggun turut meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen tersebut.

“Ini bukanlah satu kejutan kerana awak memang seorang yang hebat,”

Cerita seperti inilah yang perlu kita sebarkan dan menjadi sumber inspirasi untuk semua. Tahniah Yuna!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my