Dhia Glam

Yuna tersenarai selebriti tercantik di People’s Choice Awards 2019!

Oleh  | 

OMG YES YUNA! Kita semua berbangga apabila penyanyi Yuna melangkah ke California sebagai salah seorang calon E! People’s Choice Award dalam kategori The Most Inspiring Asian Woman 2019.

Dalam majlis anugerah semegah ini, sudah tentu banyak mata akan meneliti busana dan penampilan selebriti semasa karpet merah. Yuna yang hadir mengenakan suit berwarna merah sentuhan Marcell von Berlin ternyata begitu memukau sehingga menarik perhatian ramai.

Majalah gaya hidup terkenal United Kingdom, Glamour hari ini telah menyenaraikan pelantun lagu Crush itu sebagai antara 13 selebriti yang paling menonjol malam itu bersama-sama dengan selebriti antarabangsa yang lain seperti Zendaya, Kim Kardashian, Sarah Hyland dan Dorit Kemsley.

FOTO: Glamour

FOTO: Glamour

FOTO: Glamour

Yuna berentap dengan tujuh calon dari India,Thailand, Korea Selatan, Indonesia dan China. Namun, penyanyi rap Korea Selatan, CL telah dipilih sebagai pemenang. Yuna bagaimanapun mengucapkan terima kasih di atas pencalonan tersebut yang bukan calang-calang orang boleh tersenarai untuk anugerah seperti ini.

Tak apa Yuna, dalam hati kami, Yuna dah menang pun. Dengan semangat dan identiti yang Yuna bawa dalam lagu dan karya memang menginspirasikan! Korang setuju tak?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my